Selasa, 31 Januari 2012

UJIAN ALLAH

1:Setiap. Orang,Akan ada sesuatu yang dia simpan.Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,Segembira mana pun dia.Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.Pasti ada.Kerana dia juga manusia.

Makanya,Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,Hanya kamu yang melalui,Dan hanya kamu yang mengerti,Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,Paling berat diduga.

Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,Walau serumit mana situasi kamu.Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaankamu.”

2:ketika kita sedih..ketika itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..
ketika kita sakit..ketika itulah kita merasai nikmatnya kesihatan..
ketika kita sunyi tanpa teman..ketika itulah kita tahu betapa b'harganya s'buah p'sahabatan..Dan..
ketika kita menutup mata untuk selama-lamanya..ketika itulah kita tahu nikmatnya sebuah kehidupan..

3:Bila LELAH menyapa dirimu,pejamkan mata dan bayangkan "Asma binti Abu Bakar" yang sedang memanjat tebing saat berjihad..
Bila UJIAN hidup membuatmu menangis,pelajarilah ketabahan "Asiah"
Bila CELAAN menyapa dirimu,hadirkanlah kesabaran " Maryam"
Bila PUTUS ASA membuatmu menyerah,bayangkan kesungguhan ''Hajar" yang berlari dari bukit Shafa&marwah..
InsyaAllah,moga dirimu terus KUAT dalam menempuh TARBIAH dariNya..aAminn..


4:Dalam hati bercampur baur. ada byk rasa. terasa mahu saja air mata lemah seorang hamba ini mengalir. selalunya ujian dalam hidup membuatkan kita menjadi lemah. terasa ingin mengalah. itulah hakikat kehidupan manusia biasa,

cerita suka dan duka, kisah ria juga hiba. segalanya megusik menyentuh jiwa, melahirkan seribu satu rasa. adakalanya membuat ketawa senyum sampai telinga. Namun ada jua kesakitan sehingaa kita tersungkur kerana kesakitan yang kita rasa

hidup ini berliku-liku jalannya. adakala impian jadi kenyataan, namun seringkali hajat yang tak kesampaian . Namun usah buruk sangka. Perancangan Yang maha Esa pasti sebaik-baiknya. Penuh hikmah buat hamba-hambaNya.



5:Setelah kemarau panjang, hujan pasti datang...Setelah merasakan panasnya siang, pasti berganti dgn dinginnya malam..
Setelah sakit, pasti hadir kesembuhan..Setelah sedih, pasti muncul kebahagiaan..Dan tentunya setelah kesulitan melanda, akan datang pula kemudahan..

6:Setiap musibah adalah ujian,Allah menguji keimanan,Kesabaran didalam setiap dugaan,Semoga tabah menghadapinya,
Setiap masalah adalah ujian,Allah menguji kebijaksanaan,Sejauhmana kepintaran,Setiap hamba-hambaNYA melalui dugaan...Allah Maha Mengetahui,Yang baik dan yang buruk,Sekadar untuk menguji,Adakah hamba-hambaNYA melalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan,Melalui keimanan,Atau penuh kemarahan ,Atau melalui pintu-pintu syaitan...

7:‎"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu utk kita,walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, tetapi jika ALLAH sudah ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap takkan mendapatkannya"


8:Kadang-kadang orang yang paling gembira itu adalah orang yang 
paling sedih sebenarnya. Kenapa? Kerana mungkin dia sedang menyembunyikan kesedihan di sebalik gelak tawanya tanpa orang lain menyedarinya.Luka di tangan orang lain boleh melihat kesakitan itu tetapi luka di hati tiada siapa tahu kecuali yang maha mengetahui..
Jgn meminta agar diringankn UJIAN...tp berdoa agar dikuatkn iman untuk berdepan dgn ujian... sesungguhnya Allah sentiasa memberi Ujian pada hamba yg DIA sayang..jgn bersedih terlalu lama andai hati kecewa...bisiklah pada yg Esa..smoga dikurniakn ketabahan untuk menghadapi segala2nya..
InsyaAllah..

9:•Bibir tersenyum... hati menangis♥•☆٠· Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan. Jauh sekali, untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan. Sesekali menangis.... hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk di ujinya.

10:Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya. saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

Isnin, 30 Januari 2012

"Chinta"



1:Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.


2:Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu mencintai seseorang terimalah seadanya.Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu terlalu mencintainya. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali kamu di sakiti bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya lagi. Akhirnya kamu kecewa. Sedangkan jika kamu memaafkanya boleh jadi hubungan kamu denganya akan berterusan hingga ke akhirnya.


3:Buat apa nak menangis pada orang yang telah menyakitimu,Buat apa nak kecewa pada orang yang telah memusnahkan harapanmu,
Buat apa nak lemah pada orang yang telah menjatuhkanmu,Buat apa nak ikut perasaanmu yang terlampau sedih
Namun...seharusnya kamu perlu berlajar senyum bila orang menyakitimu,berlajar bangun tika orang memusnahkan harapanmu,
berlajar kuat bila orang telah menjatuhkanmu,dan Kamu seharusnya berlajar lawan perasaanmu yang sedih dan jangan mudah mengikut kehendak perasaan yang akhirnya menjerat dirimu sendiri


4:kalau tak mampu mencinta , jangan pernah sentuh hati seseorang,kalau tak mampu setia ,jangan pernah mengukir janji ,
kalau tak mampu menggenggam hubungan , jangan pernah beri harapan ,~> kerna hati manusia itu ~>terlalu bernilai untuk disakiti,
terlalu mahal untuk disia-siakan ,dan terlalu berharga untukdihancurkan.
Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.


5:Bila Allah tak memberimu seseorang yg kamu impikan...Semoga Allah menghadirkan seseorang yg memimpikanmu. . .
Bila Allah tak memberimu seseorang yg kamu Rindukan..Semoga Allah menghadirkan seseorang yg merindukanmu. . .
Bila Allah tak memberimu seseorang yg kamu dambakan. . .Semoga Allah memberimu seseorang yg mendambakanmu. . .
Bila Allah tak menyatukanmu dengan seseorang yg kamu sayangi..Semoga Allah menghadirkan seseorang yg menyayangimu...
Bila Allah tak menyatukanmu dengan seseorang yg kamu cintai..Semoga Allah menghadirkan seseorang yg mencintaimu..

Yg bukan hanya karenaapa yg ada padamu, tapi apa adanya dirimu...!!
Sujudkan hati & jiwamu dalam istikharah cintamu pada illahi. . .


6:bila anda bercinta. pastikan. ianya tulus dari hati. bukan dari rasa simpati.
bila anda bercinta. pastikan. ianya cinta dari Ilahi. bukan dari iblis dan jinni.
bila anda bercinta. pastikan. ianya kekal abadi. bukannya permainan hati.
bila anda bercinta. pastikan. anda hargai. bukan bila SUNYI baru mencari...


7:Buat apa MENCINTAI, jika sekadar untuk melukai.
Buat apa memberi HARAPAN, jika akhirnya memusnahkan.
Buat apa MenYANJUNG, jika akhirnya menghina.
Buat apa kata2 ROMANTIK, jika akhirnya mengherdik.

P/s : berpada2lah dalam menyayangi seseorang,,, kelak boleh jadi kamu akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kamu akan menyayanginya."